Program Sejahtera Warga Emasku di PPR Kg Baru Air Panas

15 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember yang lalu telah berlangsung Program Sejahtera Warga Emasku di perkarangan PPR Kg Baru Air Panas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Setiawangsa dan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pameran kesihatan daripada pelbagai Klinik kesihatan, sukan rakyat, pertandingan mewarna warga emas, gubahan hantaran dan pertandingan mewarna kanak-kanak, dan sebagainya. Seramai lebih 300 orang komuniti yang hadir memeriahkan hari terbuka ini.

Kesemua staf Urban Poor Wilayah Tengah terlibat untuk menjayakan Program Sejahtera Warga Emasku. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di booth Pusat Internet untuk memberi kesedaran tentang keselamatan internet dan mempromosikan perkhimatan yang disediakan di Pusat Internet. Antaranya seperti Demostrasi 3D Printer, Kuiz Advokasi, Rapid Typing, Puzzle Hari Kemerdekaan, dan Mobile eWaste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali